FACEBOOK JAZYBOYZ AND TRAINING CENTER JAZYBOYZ

Thursday, July 30, 2009

AGENT PROFESSIONAL ETIQA TAKAFUL!

Nama saya muhammad jazli hassan (KOD AGENT ETIQA:WAS51353)yang bertanggungjawab sebagai consultant takaful etiqa.Saya sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat saya..insyallah saya akan cuba buat yang terbaik untuk client2 saya.Prinsip saya buat sesuatu mestilah dengan ikhlas.saya akan cuba jadi penyelamat & penasihat anda tentang kewangan dan perlindungan dalam kehidupan.!...pelindungan dan simpanan adalah penting untuk kehidupan anda.



bagaimana menghubungi saya?


NO PHN:019-2488195

Email: muhammadjazli@gmail.com & etiqafuture@gmail.com


Jenama Etiqa.

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu “Menginsankan Insurans”. Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga “TQ” yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami.




BERMULANYA ETIQA!

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.

Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.

Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannya penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.



0 comments: