FACEBOOK JAZYBOYZ AND TRAINING CENTER JAZYBOYZ

Friday, July 31, 2009

KERJAYA YANG MENJAMIN MASA DEPAN!

KERJAYA AGENT PROFESSIONAL ETIQA.

Kalau ada sesiapa yg berminat utk apply for eTiQa Takaful Agent, Well I said carry on…Sememangnya ura-ura yg anda dengar ttg kelebihan besar menjadi agen takaful in adalah benar sama sekali.Menjadi agen eTiQa Takaful bukan sahaja menjanjikan satu kehidupan yg mewah malah memberi satu kerjaya professional kepada seseorang disamping menyebarkan syariah islam Dan kami kini ingin mencari agen-agen terbaik dari seluruh negeri

Di eTiQa takaful kadar komisen yg tinggi diberikan kepada setiap client yg berjaya anda dapati iaitu setinggi 35% untuk first year!!and paid every monthSo mmg btul kalau org cakap you can earn monthly income RM10,000 in the first year by doing this job because...--->

Kalau 1 customer anda ambil policy dgn bayaran premium RM100 per month
So eTiQa Takaful akan beri 35% = RM 35 paid every monthTapi bear in mind tu cuma utk SEORANG CLIENT…imagine anda recruit 24 org dlm masa sebulan with average premium RM100 per person

So you will get 35% X 100 X 24 = RM 840 paid every month

So if you continue getting 24 clients each month and your monthly income will be

1st month = RM 840 --------- 7th month = RM 5880
2nd month = RM 1680 ------- 8th month = RM 6720
3rd month = RM 2520 ------- 9th month = RM 7560
4th month = RM 3360 ------- 10th month= RM 8400
5th month = RM 4200 ------- 11th month= RM 9240
6th month = RM 5040 ------- 12th month= RM10,080

You boleh kira sendiri with your calculator…

So if you be an agent in January by December you will earn a monthly income of
RM 10,080...and overall commission for 6 years is 110%

So semua org, come be an eTiQa Takaful Agent. Bukan sahaja kita boleh merasai kehidupan yg mewah malah boleh mendapatkan satu kerjaya yg professional disamping menyebarkan syariah islam ttg takaful. InsyaAllah.....

Thursday, July 30, 2009

PLAN PELABURAN DALAM ETIQA!

PLAN MESRA

Merupakan plan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini di tawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.


MANFAAT ASAS

* Kematangan
* semasa tamat tempoh kontrak yang disertai
* Keilatan Kekal Menyeluruh
* (sehingga umur 65 tahun)
* kematian
* termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan


CIRI-CIRI PELAN

* Perlindungan berserta simpanan
* Perlindungan boleh di sertai seawal umur 6 bulan
* Penyertaan boleh bermula selewatnya umur 60 tahun
* Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in automatic contribution)
* Tiada lien untuk juvana
* Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau Menurut tempoh pelan asas(yang mana terdahulu)
* Nilai tunai sijil - jumlah akaun peserta terkumpul


PERATURAN PENGUNDERAITAN

* Had umur penyertaan
* Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
* Maksima 60 tahun (tarikh lahir akan datang)
* Tempoh sijil
* Minimun 5 tahun
* Maksima 79 tahun
* Umur matang maksimum
* 80 tahun
* Tempoh sumbangan
* Selaras dengan tempoh sijil
* Amaun sumbangan
* Minimum RM 600.00 setahun
* Maksima tiada had
* Perlindungan minimum
* RM 10,000
* Lat sumbangan
* Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian
Manfaat Kematian Biasa

Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta


Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh
Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun Kedua : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Keempat : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Kelima : 60% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan (Selepas umur 65 tahun)Tiada manfaat dibayar

Manfaat Kematangan

Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta



PLAN PRIMA!

Merupakan pelan Takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.pelan ini menberi jaminan manfaat perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4 % keatas akaun peserta).

kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah jumlah pembayaran ini

peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun manfaat perolehan sudah di bayar.

MANFAAT KHAS

perolehan setiap 3 tahun (survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun, sehingga tamat tempoh plan,10% dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas akaun khas peserta,

kematangan
semasa tamat tempoh kontrak yang disertai.

keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

kematian
kematian termasuk atas sebab penyakit atau kemalangan


PERATURAN PENGUNDERAITAN

* Had umur penyertaan
* Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
* Maksima 54 tahun (tarikh lahir akan datang)

* Tempoh sijil
* 18, 21, 24, 27, dan 30 tahun

* Umur matang maksimum
* 84 tahun

* Tempoh sumbangan
* Selaras dengan tempoh sijil

* Amaun sumbangan
* Minimum RM 1200.00 setahun
* Maksima tiada had

* Perlindungan minimum
* RM 10,000

* Lat sumbangan
* Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Akibat Penyakit
jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat perolehan yang sudah dibayar beserta jumlah akuan peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Perolehan

Pembayaran berjadual, 10% dari nilai amaun perlindungan di bayar setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan, dan baki selebihnya di bayar apabila sijil matang.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 20% dari jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah dibayar. beserta jumlah akaun peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Tahun Kedua : 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 40% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.





PLAN SARJANA.


Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.


Manfaat Perlindungan

* Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
* Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
* Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif - Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.


* Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
* Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
* Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
* Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
* Tabungan Tambahan


Kelayakan Penyertaan

Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).


Pengecualian Cukai Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.


PELAN WARISAN.


CIRI-CIRI

* Pelan yang mempunyai kelebihan dari segi perlindungan dan simpanan.
* Pelan ini memberikan perlindungan jangka panjang sehingga ke usia 88 tahun.
* 3 pilihan tempoh sumbangan sehingga umur: 55, 60 atau 65 tahun.
* Had umur penyertaan:

Minimum - 6 bulan (tarikh lahir akan datang)

Maksimum - 55 tahun (tarikh lahir akan datang)

* Tempoh sijil:

Minimum - 33 tahun

Maksimum - 87 tahun

* Umur matang maksimum: 88 tahun
* Amaun sumbangan:

Minimum - RM50 sebulan
perlindungan minimum RM10,000.00
Maksimum - Tiada had

MANFAAT ASAS

* Kematangan [ Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai ]
* Keilatan Kekal Menyeluruh [ Sehingga umur 65 tahun ]
* Kematian [ Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan ]

PEMBAYARAN MANFAAT

1. Manfaat Kematian

i. Manfaat Kematian Biasa

Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta

ii. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa



2. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

i. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama 20% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta
Tahun Kedua 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga 40% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)

Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

iii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh (Selepas umur 65 tahun)

Tiada manfaat dibayar

3. Manfaat Kematangan

Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta




ETIQA MEDICAL CARD

ETIQA MEDICAL CARD!

Rider Medic-Save boleh di sertakan bersama sijil keluarga individu Etiqa Takaful yang terpilih. pelan yang baru ini memberikan skim perlindungan yang direka khas memberi anda perlindungan perubatan yang menyeluruh. Ia dilengkapi dengan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan kemasukan hospital, pendedahan dan rawatan. Peserta akan menerima:

Faedah menyeluruh kemasukan dan pendedahan untuk pesakit dalam Faedah rawatan kecemasan untuk pesakit luarPilihan lanjutan perlindungan Kad perubatan untuk kemudahan pendaftaran ke penal hospital
Faedah kadar sumbangan cemerlang yang berpatutan Pembaharuan terjamin sehingga umur 75 tahun



CONTOH MEDICAL CARD!


Berikut saya paparkan benefit yg akan anda dapat sekiranya anda memiliki medical card ni:









KADAR SUMBANGAN TAHUNAN

Kadar sumbangan meningkat sebaik sahaja memasuki kumpulan umur yang berikut





AGENT PROFESSIONAL ETIQA TAKAFUL!

Nama saya muhammad jazli hassan (KOD AGENT ETIQA:WAS51353)yang bertanggungjawab sebagai consultant takaful etiqa.Saya sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat saya..insyallah saya akan cuba buat yang terbaik untuk client2 saya.Prinsip saya buat sesuatu mestilah dengan ikhlas.saya akan cuba jadi penyelamat & penasihat anda tentang kewangan dan perlindungan dalam kehidupan.!...pelindungan dan simpanan adalah penting untuk kehidupan anda.



bagaimana menghubungi saya?


NO PHN:019-2488195

Email: muhammadjazli@gmail.com & etiqafuture@gmail.com


Jenama Etiqa.

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu “Menginsankan Insurans”. Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga “TQ” yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami.




BERMULANYA ETIQA!

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.

Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.

Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannya penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.



Thursday, July 9, 2009

PERMULAAN HIDUPKU...!


saya dilahirkan pada tahun 1985 merupakan seorang bayi kecil yang mempunyai perwatakan yang agak lembab dan sangat lapar sentiasa.Insan ini bernama Muhammad Jazli Hassan atau di kenali dalam setiap forum2 internet ada jazyboy @ cikgurp @ jazli85....saya di lahirkan pada 1 november 1985 di hospital universiti Kuala Lumpur.


Semasa kecil dahulu saya bercita-cita nak jadi seorang doktor tapi di sebabkan pengaruh sekeliling saya ingin menjadi seorang bussinesman yang berjaya dalam bidang perniagaan.idola saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari!



Saya memulakan persekolahan saya di sekolah tadika seri yang di ajar oleh PUAN PREM.Ke mana menghilang cikgu kesayangan saya masa tadika dulu.Semasa tadika saya bukanlah seorang pelajar yang bagus atau pandai..apa yang saya tahu dulu saya tak boleh lapar!..kalau saya lapar saya nak menangis.....heheehehehehehe!ini realiti semasa saya kecil dahulu.!

Ramai yang berpendapat saya ini anak kacukan Cina + melayu..tue saya tidak tahu asal usul salah silah keluarga saya...ramai orang cina yang saya jumpa ingatkan saya chinese.bila speaking kantonis tak reti nak jawab balik.mungkin saya punya keturunan terdahulu adalah asal usul dari china.Nama panggilan untuk saya ialah jazli (panggilan dari kawan2 terdekat), jali(panggilan kawan2 yang dah lama kenal saya, YOB (panggilan ahli keluraga atau saudara terdekat!) yang terbaru panggilan jazyboy or jazy (panggilan untuk rakan2 internet yang mengenali siapa saya)..hehehehehehehe :p







Ini adalah sedutan video saya menyertai audition mentor 3 DI TV3.Ramai yang melihat saya untuk episode 1 hari tue.Memang niat hati nak jadi protege ADIBAH NOR tapi apakan daya..saya x cukup bakat lagi untuk setanding dengan yang lain!..namun saya rasa bertuah sebab keistimewaan yang saya ada mampu membuat saya keluar dalam TV3 buat pertama kalinya!..waaaaa!macam tak percaya..terima kasih kepada sesiapa yang menegur saya dan perasan saya di mana sahaja saya berada terima kasih kepada anda semua!










HAHAHAHAHAHA...disini bermulanya minat untuk menghayati bidang lakonan!...nie semua hasil dorongan kawan2 yang tidak jemu beri sokongan..tanpa kawan siapalah saya.saya amat berasa sangat gembira,dengan sokongan kawan2 saya berada disini.alangkah bertuahnya saya tuhan berikan saya kawan2 yang macam ragam!...KEPADA ANDA SEMUA SAYA HARAPKAN ANDA SEMUA MENGUNDI SAYA!..saya mengharap kejayaan datang dalam hidup saya!..ada yang suruh saya masuk raja lawak,ada yang kata saya tak pandai berlakon tapi bagi saya ia membuatkan saya rasakan sesuatu kepuasan yang mengajar saya kekuatan pada diri saya sendiri!..



BINTANG KELAHIRAN JAZYBOY!

Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.

WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).


RAHSIA KELAHIRAN JAZYBOY(NOVEMBER)


Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah