FACEBOOK JAZYBOYZ AND TRAINING CENTER JAZYBOYZ

Wednesday, September 9, 2009

Etiqa employees get together to cook

Stir it up: (From left) Etiqa IT vice-president Shamsudin Yusof, Aminuddin, chief sales officer Shahril Azuar Jimin, Etiqa Takaful CEO Tarmidzi Ahmad Nordin and Etiqa COO Mohd Din Merican helping out with the Bubur Lambok.


IN THE spirit of going back to the basics during the holy month of Ramadan, more than 30 Etiqa employees cooked and prepared Bubur Lambuk at the office to provide their 1,600 colleagues with a simple and satisfying meal for breaking fast.

“The Jom Masak Bubur Lambuk programme is Etiqa’s way of showing support and appreciation to its employees for working just as hard during the fasting month.

“More importantly, the programme reflects our brand platform of humanising insurance and takaful by providing employees with a convenient meal for breaking fast.

“We have made it an annual event since 2007,“ Etiqa CEO and director Datuk Aminuddin Md Desa said.

Although a chef was called in to help with the preparations and cooking, the 30 volunteers were the real stars of the event as they toiled to make the event a success.

The programme was held at an open area at Etiqa Headquarters in Dataran Maybank, Bangsar.

Friday, August 21, 2009

Etiqa Bayar Tuntutan Rawatan Perubatan H1N1

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Etiqa Insurance Berhad Khamis mengumumkan akan membayar tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi perubatan dan kesihatannya sekiranya mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan Influenza A(H1N1).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarahnya Datuk Aminuddin Md Desa dalam satu kenyataan di sini berkata perkara itu berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata pihaknya sentiasa berpegang pada asas insurans dan takaful iaitu untuk membantu orang ramai kerana H1N1 boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

"Oleh itu, dalam masa-masa sukar ini, kami telah membuat keputusan untuk melanjutkan liputan bagi pemegang pelan perubatan dan kesihatan untuk merangkumi Influenza A(H1N1), sekaligus memastikan tuntutan akan dibayar kepada pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan kerana wabak itu.

"Ini akan memberi mereka perlindungan secara fizikal dan daripada segi kewangan," katanya.

Aminuddin berkata perlindungan tambahan bagi H1N1 diberikan kepada semua pemegang semasa polisi perubatan dan kesihatan Etiqa serta pemegang polisi baru yang mengambil pelan itu mulai sekarang.



-- BERNAMA

Thursday, August 13, 2009

Etiqa sasar premium RM1.4b

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) menyasarkan premium kasar sebanyak RM1.4 bilion pada tahun ini berbanding RM1.044 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Tarmizi Ahmad Nordin berkata, peningkatan sasaran premium itu berikutan pertumbuhan perniagaan insurans yang berterusan walaupun berlaku kelembapan ekonomi.Beliau memberitahu, bilangan pemegang polisi insurans hayat didapati terus meningkat berbanding insurans jenis lain.

"Kami yakin untuk berada di landasan yang betul bagi mencapai jumlah premium kasar melebihi RM1 bilion setiap tahun.

"Etiqa kini mempunyai pemegang polisi hampir sejuta orang dan merupakan syarikat takaful terbesar di dunia.

"Insurans hayat menyumbang kira-kira 70 peratus kepada pertumbuhan perniagaan syarikat manakala lain-lain sebanyak 30 peratus,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM70,000 ke dalam Dana Amanah Fisabilillah Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) di sini hari ini.Sumbangan itu diterima oleh Ketua Pegawai Akademik dan Dekan INCEIF, Datuk Profesor Dr. Syed Othman Alhabshi.

INCEIF ditubuhkan sejak 2007 dan merupakan institusi yang menawarkan Program Kewangan Islamik Profesional Berkanun (CIFP) milik Bank Negara Malaysia.Institusi tersebut menawarkan kursus di peringkat pengajian doktor falsafah dan sarjana yang dijalankan untuk golongan pekerja.

Kini, ia mempunyai 101 pelajar dari 21 buah negara dan lebih 45 peratus merupakan pelajar warga asing.

Ketika ditanya mengenai perancangan produk baru yang ditawarkan Etiqa, Mohd. Tarmizi menambah, pihaknya bercadang untuk melancarkan produk baru selepas Jun ini.Katanya, sekarang, Etiqa dalam proses mengintegrasikan sistem teknologi maklumatnya bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan syarikat tersebut.

Ujarnya, sistem integrasi itu turut memudahkan tugas kakitangan Etiqa.

Sementara itu, Syed Othman berkata, Dana Amanah Fisabilillah yang menerima sumbangan zakat dari pertubuhan dan individu akan membiayai pelajar INCEIF yang layak untuk melanjutkan pengajian.

Jelasnya, pengagihan wang dari dana itu hanya boleh dibuat berdasarkan arahan pengurusan amanah meliputi lima ahli termasuk dua ahli dari INCEIF dan tiga lagi merupakan pihak luar.

Etiqa Takaful relocates to meet increasing demand

KUANTAN: Etiqa Takaful has relocated two of its branches to meet the increasing demand of their customers here.Its previous branches in Jalan Tun Ismail 1 and Jalan Datuk Lim Hoe Lek were relocated to a larger office in Jalan Tun Ismail.

Customers could now purchase and enquire about insurance and takaful products and services under one roof.Its chief executive officer Datuk Aminuddin Md Desa said the firm made its debut on November 15, 2007.

“Placing people over policies is not just a promise that we pluck out of the blue. This promise is reflected through our actions.

“One such action is the relocation of our branches one in Kuantan. This new location will make it easier for customers to reach us,” he said.

Etiqa is currently in the midst of relocating its other branches around the country.The new branch will continue to offer a wide range of its takaful products such as for protection, savings, education and medical to general takaful namely motor, fire, homeowner and personal accident.

It will also provide comprehensive related services such as financial advice, claim services and payment collections.

Firm gives goodies to guests

THE heat was on at the Maybank Malaysia Open 2009, held at the Saujana Golf & Country Club, as world class players competed for the top spot. But while the players kept the game sizzling, the employees of Etiqa Insurance & Takaful kept the crowd refreshed and protected. The staff braved the hot sun as they handed out cold drinks to the spectators, who were trudging the nines to watch their favourite players.


A relaxing time: An Etiqa staff member providing foot massages to the visitors at the Etiqa Hospitality Marquee.The Etiqa staff also served one of the local favourite snacks, kacang putih to the visitors, that turned out to be a hit among them. And to help protect them from the scorching sun, umbrellas were handed out to the lucky patrons.

The company’s CEO Datuk Aminuddin Md Desa said that they wanted to be known as a helpful organisation.
“We wanted the crowd to enjoy the game, and make this an enjoyable and memorable experience,” Aminuddin said. The other extra treat from the company was the Etiqa Hospitality Marquee, where the guests were invited not only to watch the game up-close but also receive relaxing back massages and foot reflexology.

They were also treated to personalised caps and T-shirts and a buffet spread. The final icing on the cake was the exclusive goodie bags with Etiqa merchandise.
About 200 guests dropped by the Etiqa Hospitality Marquee throughout the four-day event.Popular local snack: Etiqa staff members offering kacang putih to the spectators.


Sunday, August 2, 2009


APA ITU CINTA?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Saturday, August 1, 2009

CARA MEMILIH PERLINDUNGAN UNTUK ANDA.

Kami juga ingin memberikan tips-tips terbaik memilih polisi insurans untuk anda iaitu :-

1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans.
Serendah Rm80 sebulan pun anda mampu memiliki polisi insurans termasuk
simpanan tetap anda.

2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki.
Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya , anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang?

1. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki.
Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 tahun pertama, pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak atau perlindungan anda ketika anda bersara awal atau bersara wajib dan paling penting perlindungan rawatan hospital anda.

2. Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi.
Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda?



Kami di Etiqa Takaful kami komited membantu dengan :

1. Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok.

2. Pengeluaran simpanan anda boleh dilakukan tanpa menjejaskan amaun polisi perlindungan.

3. Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah
(Dato’Seri Hj Harussani Bin Zakaria)

4. Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan.

5. Khairat kematian.

6. Pampasan kemalangan.

7. Manfaat Elaun harian hospital dan M/C anda kami akan bayar.

8. Manfaat hilang upaya kekal atau cacat pun kami akan bayar.

9. Manfaat penyakit kritikal (36 jenis) termasuk semua jenis kanser.