FACEBOOK JAZYBOYZ AND TRAINING CENTER JAZYBOYZ

Thursday, July 30, 2009

PLAN PELABURAN DALAM ETIQA!

PLAN MESRA

Merupakan plan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini di tawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.


MANFAAT ASAS

* Kematangan
* semasa tamat tempoh kontrak yang disertai
* Keilatan Kekal Menyeluruh
* (sehingga umur 65 tahun)
* kematian
* termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan


CIRI-CIRI PELAN

* Perlindungan berserta simpanan
* Perlindungan boleh di sertai seawal umur 6 bulan
* Penyertaan boleh bermula selewatnya umur 60 tahun
* Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in automatic contribution)
* Tiada lien untuk juvana
* Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau Menurut tempoh pelan asas(yang mana terdahulu)
* Nilai tunai sijil - jumlah akaun peserta terkumpul


PERATURAN PENGUNDERAITAN

* Had umur penyertaan
* Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
* Maksima 60 tahun (tarikh lahir akan datang)
* Tempoh sijil
* Minimun 5 tahun
* Maksima 79 tahun
* Umur matang maksimum
* 80 tahun
* Tempoh sumbangan
* Selaras dengan tempoh sijil
* Amaun sumbangan
* Minimum RM 600.00 setahun
* Maksima tiada had
* Perlindungan minimum
* RM 10,000
* Lat sumbangan
* Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian
Manfaat Kematian Biasa

Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta


Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh
Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun Kedua : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Keempat : 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Kelima : 60% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan (Selepas umur 65 tahun)Tiada manfaat dibayar

Manfaat Kematangan

Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta



PLAN PRIMA!

Merupakan pelan Takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.pelan ini menberi jaminan manfaat perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4 % keatas akaun peserta).

kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah jumlah pembayaran ini

peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun manfaat perolehan sudah di bayar.

MANFAAT KHAS

perolehan setiap 3 tahun (survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun, sehingga tamat tempoh plan,10% dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas akaun khas peserta,

kematangan
semasa tamat tempoh kontrak yang disertai.

keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

kematian
kematian termasuk atas sebab penyakit atau kemalangan


PERATURAN PENGUNDERAITAN

* Had umur penyertaan
* Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
* Maksima 54 tahun (tarikh lahir akan datang)

* Tempoh sijil
* 18, 21, 24, 27, dan 30 tahun

* Umur matang maksimum
* 84 tahun

* Tempoh sumbangan
* Selaras dengan tempoh sijil

* Amaun sumbangan
* Minimum RM 1200.00 setahun
* Maksima tiada had

* Perlindungan minimum
* RM 10,000

* Lat sumbangan
* Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Akibat Penyakit
jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat perolehan yang sudah dibayar beserta jumlah akuan peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Perolehan

Pembayaran berjadual, 10% dari nilai amaun perlindungan di bayar setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan, dan baki selebihnya di bayar apabila sijil matang.

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama : 20% dari jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah dibayar. beserta jumlah akaun peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Tahun Kedua : 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 40% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.





PLAN SARJANA.


Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.


Manfaat Perlindungan

* Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
* Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
* Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif - Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.


* Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
* Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
* Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
* Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
* Tabungan Tambahan


Kelayakan Penyertaan

Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).


Pengecualian Cukai Pendapatan Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.


PELAN WARISAN.


CIRI-CIRI

* Pelan yang mempunyai kelebihan dari segi perlindungan dan simpanan.
* Pelan ini memberikan perlindungan jangka panjang sehingga ke usia 88 tahun.
* 3 pilihan tempoh sumbangan sehingga umur: 55, 60 atau 65 tahun.
* Had umur penyertaan:

Minimum - 6 bulan (tarikh lahir akan datang)

Maksimum - 55 tahun (tarikh lahir akan datang)

* Tempoh sijil:

Minimum - 33 tahun

Maksimum - 87 tahun

* Umur matang maksimum: 88 tahun
* Amaun sumbangan:

Minimum - RM50 sebulan
perlindungan minimum RM10,000.00
Maksimum - Tiada had

MANFAAT ASAS

* Kematangan [ Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai ]
* Keilatan Kekal Menyeluruh [ Sehingga umur 65 tahun ]
* Kematian [ Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan ]

PEMBAYARAN MANFAAT

1. Manfaat Kematian

i. Manfaat Kematian Biasa

Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta

ii. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

Sama seperti Kematian Biasa



2. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

i. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)

Tahun Pertama 20% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta
Tahun Kedua 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga 40% dari Amaun Perlindungan

Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya.

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat Kemalangan (Sebelum umur 65 tahun)

Sama seperti Keilatan Kekal Menyeluruh akibat sebab biasa

iii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh (Selepas umur 65 tahun)

Tiada manfaat dibayar

3. Manfaat Kematangan

Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta




0 comments: